POLIMAS mula ditubuhkan pada bulan Februari 1984 sebagai Politeknik Alor Setar dan ia menumpangkan bangunan asrama Sekolah Menengah Teknik Alor Setar.
SEJARAH PENUBUHAN POLIMAS
- Kumpulan pertama pelajar, lebih kurang 120 orang telah diterima belajar bagi sesi Julai 1984. POLIMAS berhasrat melatih pelajar-pelajar lepasan SPM dan SPMV bagi melahirkan tenaga kerja professional dalam bidang KEJURUTERAAN dan PERDAGANGAN.
- Kampus POLIMAS terletak di kawasan seluas 28 hektar dalam daerah Kubang Pasu.Ia mula digunakan pada 14 Mac 1987 dan dibuka secara rasmi pada 23 Mac 1989 oleh DYMM Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah,Sultan Kedah terkini.
- Semenjak dari tarikh ini,nama politeknik ini ditukar kepada POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH sempena nama baginda.
0 comments:
Post a Comment