Monday, 24 March 2014

Pengenalan Diri


ASSALAMUALAIKUM ....

Pertama sekali bersyukur kita ke hadrat Allah SWT dengan nikmat Iman & Islam,diberi keizinan untuk menjadi hamba di muka bumi Allah ini.
Sebelum saya memulakan bicara,saya ingin menyampaikan sepotong hadis, 

Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: 
 "Sesiapa yang mempelajari sesuatu ilmu dari jenis-jenis ilmu yang tujuannya untuk mencapai keredhaan Allah,  sedang ia tidak mempelajarinya melainkan untuk mendapat sesuatu bahagian dari dunia (harta benda atau pengaruh), nescaya ia tidak akan dapat mencium bau syurga,  pada hari qiamat kelak."
( Abu Daud dan Ibnu Majah)

  •  Nama diberi MUHAMMAD TIRMIZI BIN IZRAIE.Anak jati Negeri Jelapang Padi iaitu berasal dari Alor Setar Kedah.Merupakan pelajar Jurusan Kejuruteraan Elektronik ( Komunikasi ) di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah,Jitra Kedah.Anak kedua dari tiga orang adik beradik.
  • Blog ini diwujudkan bagi memenuhi kriteria pemarkahan dalam subjek yang saya duduki iaitu BC101 - Computer Application,Jabatan Matematik Sains & Komputer.
  • Blog ini juga mengisahkan tentang sejarah penubuhan POLIMAS serta liku-liku kehidupan saya sebagai seorang pelajar di POLIMAS

Hobi saya dalam bidang fotografi... Suka bergambar.


0 comments:

Post a Comment