Monday, 24 March 2014

Pengenalan Diri


ASSALAMUALAIKUM ....

Pertama sekali bersyukur kita ke hadrat Allah SWT dengan nikmat Iman & Islam,diberi keizinan untuk menjadi hamba di muka bumi Allah ini.
Sebelum saya memulakan bicara,saya ingin menyampaikan sepotong hadis, 

Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: 
 "Sesiapa yang mempelajari sesuatu ilmu dari jenis-jenis ilmu yang tujuannya untuk mencapai keredhaan Allah,  sedang ia tidak mempelajarinya melainkan untuk mendapat sesuatu bahagian dari dunia (harta benda atau pengaruh), nescaya ia tidak akan dapat mencium bau syurga,  pada hari qiamat kelak."
( Abu Daud dan Ibnu Majah)

  •  Nama diberi MUHAMMAD TIRMIZI BIN IZRAIE.Anak jati Negeri Jelapang Padi iaitu berasal dari Alor Setar Kedah.Merupakan pelajar Jurusan Kejuruteraan Elektronik ( Komunikasi ) di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah,Jitra Kedah.Anak kedua dari tiga orang adik beradik.
  • Blog ini diwujudkan bagi memenuhi kriteria pemarkahan dalam subjek yang saya duduki iaitu BC101 - Computer Application,Jabatan Matematik Sains & Komputer.
  • Blog ini juga mengisahkan tentang sejarah penubuhan POLIMAS serta liku-liku kehidupan saya sebagai seorang pelajar di POLIMAS

Hobi saya dalam bidang fotografi... Suka bergambar.


Visi & Misi POLIMAS

MISSION & VISION OF POLIMAS

  • MISSION POLIMAS
Provide learning environments and holistic training to produce human capital that creative, entrepreneurial, high employability and global competitiveness.

  • VISION POLIMAS
Be a center of education and training leading transformational and innovative in the field of Engineering, Commerce and Information Technology at the global level by 2015.
  

Pengenalan Polimas

POLIMAS - Singkatan bagi POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH merupakan sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang terletak di Bandar Darulaman,Jitra KEDAH.

POLIMAS mula ditubuhkan pada bulan Februari 1984 sebagai Politeknik Alor Setar dan ia menumpangkan bangunan asrama Sekolah Menengah Teknik Alor Setar.


SEJARAH PENUBUHAN POLIMAS
  • Kumpulan pertama pelajar, lebih kurang 120 orang telah diterima belajar bagi sesi Julai 1984. POLIMAS berhasrat melatih pelajar-pelajar lepasan SPM dan SPMV bagi melahirkan tenaga kerja professional dalam bidang KEJURUTERAAN dan PERDAGANGAN.
  • Kampus POLIMAS terletak di kawasan seluas 28 hektar dalam daerah Kubang Pasu.Ia mula digunakan pada 14 Mac 1987 dan dibuka secara rasmi pada 23 Mac 1989 oleh DYMM Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah,Sultan Kedah terkini.
  • Semenjak dari tarikh ini,nama politeknik ini ditukar kepada POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH sempena nama baginda.